top of page

SERVIS KAMI

​KENAPA ANDA PERLU MEMILIH KAMI SEBAGAI AGEN DOBI ANDA DI MUAR ?

​

  • Kami beroperasi selama 7 hari seminggu

  • Kami menyediakan servis dengan harga sangat berpatutan

  • Kami sentiasa bersedia berkhidmat untuk pelanggan kami

  • Kami menggunakan produk-produk berkualiti dan halal

MENDOBI

Kami boleh membantu anda menyelesaikan masalah cucian dari sekecil-kecil pakaian sehinggalah ke karpet rumah bagi anda warga Muar. Cucian kami dijamin bersih, suci, harum dan mewangi. Anda juga boleh mendapatkan servis menggosok sekali di samping cuci dan lipat. Harga istimewa akan diberikan kepada pelanggan yang mahukan servis gosok sekali. Jadi anda tak perlu risau lagi untuk mencari pakar cucian dan membersihkan pakaian, karpet dan toto anda.

PEMBEKAL BARANGAN DOBI

 

Semenjak tahun ini, kami sudah mula 

berkhidmat untuk pelanggan kami di sekitar Muar dari sudut penyediaan barangan dobi seperti sabun pencuci, pewangi, plastik, hanger dan sebagainya. Malahan, sambutan juga adalah di luar jangkaan. Produk kami tidak sampai sebulan dah kena restock ! Jadi, anda juga berpeluang mendapatkan barangan dobi sekiranya anda teringin untuk mendapatkan hasil cucian yang sama seperti kami.  

CUCIAN KARPET

Cucian karpet kami sentiasa mendapat pujian daripada pelanggan dan tak menang tangan untuk kami layan. Ini membuktikan kualiti servis kami memang terbaik. 

Terbaru, kami bakal mengadakan servis cucian karpet di pejabat-pejabat dan juga di masjid dan surau sekitar bandar Muar, Batu Pahat dan Melaka. Promosi akan dijalankan tak lama lagi. Pasti anda pun tak sabar menantikan servis terbaru kami kan. 

bottom of page