top of page

MENGENAI KAMI

Dobi Al-Falah adalah dobi yang sudah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011. Perniagaan kami adalah perniagaan berteraskan keluarga dan telah diasaskan oleh Puan Nor'aini binti Saleh dan suaminya Encik Mohammad Khairudin bin Supian.

​

Perniagaan ini telah dijalankan di Parit Raja, Batu Pahat dan pernah mengikat kontrak bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selama setahun. Kemudian kami telah berpindah ke lokasi baru kami iaitu di Pekan Parit Bakar, Muar, Johor Darul Takzim (lokasi terkini) dengan harapan yang lebih cerah.

​

Dahulu, kami hanya menerima tempahan cucian pakaian dan toto semata-mata, namun kini kami telah meluaskan skop kepakaran kami dengan menyediakan servis cucian karpet serta membekalkan alatan dobi seperti sabun pencuci, pewangi, plastik dan lain-lain lagi.

​

Semak lebih lanjut laman web kami untuk mengetahui servis yang kami tawarkan, keunikan kami dan lokasi di mana anda boleh temui kami.

​

Misi kami

 

Sentiasa menjaga kualiti servis dan produk kami supaya sentiasa mencapai tahap kepuasan maksima para pelanggan kami.

Visi kami
​

Optimis dalam menjadi ejen pencuci atau pakar cucian no.1 di Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Motto kami
​

Anda Suka, Kami Gembira

bottom of page